DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaik pulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kurikulum program ini mengandungi kursus Sistem Digital, Pengukuran dan Peralatan Elektronik, Sistem Pemprosesan Mikro, Architecture Komputer & Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikro Pemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Reka bentuk Litar Bersepadu, Diagnosis & Senggara Sistem Komputer dan Projek.

Matlamat program
Menghasilkan graduat diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi berpengetahuan, berkemahiran teknikal, berkemahiran berkomunikasi dan bersikap sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan cabaran kemajuan dan teknologi yang baharu dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcome)
Setelah tamat program ini, graduat seharusnya boleh;

  • Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam prosedur dan amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan baik
  • Menunjukkan kemahiran praktikal termasuk keupayaan untuk menyelesaikan masalah, membaik pulih dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi peralatan elektrik dan elektronik dengan pengkhususan dalam elektronik komunikasi
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya
  • Menggunakan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas yang diberikan
  • Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk masyarakat, keselamatan, kesihatan, undang-undang dan budaya, isu-isu dan tanggungjawab yang berbangkit, dengan mengambilkira keperluan untuk pembangunan masyarakat mampan
  • Mengiktiraf keperluan untuk pembangunan profesional dan terlibat dalam pengambilalihan bebas pengetahuan dan kemahiran yang baharu.
  • Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan
  • Menunjukkan pemahaman etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik
  • Berfungsi secara individu atau berpasukan dengan berkesan serta berkemampuan untuk menjadi pemimpin.

Prospek Pekerjaan
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik komputer yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduat daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut: -

Peluang Kerjaya:

  • Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT.
  • Bekerja sendiri dalam bidang yang berkaitan
  • Usahawan