PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin kejuruteraan elektronik yang luas dengan penkhususan dalam teknologi perhubungan. Program ini direkabentuk dengan asas-asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik dan rekabentuk terbantu komputer yang menyediakan graduat yang berketrampilan, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah telefoni, perhubungan gentian optik, komunikasi data, perhubungan tanpa wayar dan peranti gelombang mikro. Selain dari pengetahuan teknikal dan kemahiran yang diterapkan, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan keusahawanan.

Matlamat program

  • Menghasilkan graduat diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi berpengetahuan, berkemahiran teknikal, berkemahiran berkomunikasi dan bersikap sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan cabaran kemajuan dan teknologi yang baharu dalam bidang elektronik komunikasi.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcome)
Setelah tamat program ini, graduat seharusnya boleh;

  • Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam prosedur dan amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan baik
  • Menunjukkan kemahiran praktikal termasuk keupayaan untuk menyelesaikan masalah, membaik pulih dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi peralatan elektrik dan elektronik dengan pengkhususan dalam elektronik komunikasi
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya
  • Menggunakan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas yang diberikan
  • Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk masyarakat, keselamatan, kesihatan, undang-undang dan budaya, isu-isu dan tanggungjawab yang berbangkit, dengan mengambilkira keperluan untuk pembangunan masyarakat mampan
  • Mengiktiraf keperluan untuk pembangunan profesional dan terlibat dalam pengambilalihan bebas pengetahuan dan kemahiran yang baharu.
  • Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan
  • Menunjukkan pemahaman etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik
  • Berfungsi secara individu atau berpasukan dengan berkesan serta berkemampuan untuk menjadi pemimpin.

Prospek Pekerjaan
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan perhubungan yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduat daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut: -

  • Pembantu Jurutera / Eksekutif Teknikal
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penyelia
  • Pembantu Jurutera Frekuensi RadioPembantu Pereka teknikal
  • Bekerja sendiri dalam bidang yang berkaitan
  • Usahawan
  • Pembantu Jurutera Rangkaian
  • Pembantu Pentadbir Rangkaian