SYARAT KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN
POLITEKNIK KONVENSIONAL/METRO
PROGRAM PENGAJIAN LULUSAN SPM/SETARAF

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK / DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) / DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

Pengajian Sepenuh Masa
Syarat kemasukan:

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Sejarah
  • Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran berikut termasuk;
    i. Matematik atau Matematik Tambahan
    ii. SATU (1) mata pelajaran berikut:

spm
; ATAU
Mana-mana pelajaran yang belum diambilkira di perkara i
         iii. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

3. Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
4. Tidak buta warna. 


Pengajian Secara Sambilan

Syarat kemasukan:

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

  1. Lulus Bahasa Melayu
  2. Lulus Bahasa Inggeris
  3. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;
    - Matematik atau Matematik Tambahan
    - SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional
    - SATU (1) mata pelajaran lain

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan kelulusan dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris DAN SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional pada peringkat SPM.